Pages

Thursday, 6 October 2016

Alkitab berusia 1,000 tahun ditemui di Turki

Alkitab berusia 1,000 tahun ditemui di Turki dengan gambar-gambar tokoh Alkitab
Sebuah Alkitab berusia 1,000 tahun telah dilaporkan ditemui di Turki selepas polis menahan penyeludup-penyeludup yang cuba menjualnya bersama artifak lain yang mahal.

Asal-usul Alkitab kuno itu tidak diketahui, Mailonline melaporkan, tetapi polis di kota di bahagian tengah Tokat berkata ianya hanya mempunyai 51 mukasurat, ditulis dalam bahasa lama Assyria, dan mengandungi gambar-gambar Yesus Kristus yang diperbuat dengan helaian emas, bersama dengan tokoh-tokoh lain Alkitab.

Sejumlah barang kemas dan juga syilling juga telah dirampas oleh polis.
Agensi Anadolu memuatkan video seorang penyelidik membelek halaman Alkitab itu, dengan teks Assyria di mukasurat kanan, dan gambar di mukasurat kiri.

Ahli-ahli teologia berharap bahawa dokumen berusia 1,000 tahun itu akan memberi petunjuk bagaimana Kekristianan telah berkembang pada kurun-kurun yang lepas.

Saturday, 24 September 2016

Laluan Tikus Indonesia - Sabah

Hebat wartawan Indonesia ini, SEBUAH program televisyen berbentuk siasatan mirip 999 di Indonesia mendedahkan secara terperinci bagaimana ratusan pendatang asing tanpa izin, PATI mendarat di Tawau Sabah setiap hari (seperti yang didakwa).

Apa yang menghairankan dakwa rancangan itu, lokasi pendaratan ratusan PATI  tersebut setiap hari berada tepat bersebelahan dengan pelabuhan sah di Tawau Sabah.

Wartawan rancangan terbitan TransMedia Indonesia itu menyamar sebagai Tenaga Kerja Indonesia, TKI bagi menyelongkar bagaimana perjalanan pendatang asing dari Indonesia masuk ke Malaysia secara haram.

Salah seorang PATI yang ditemubual mendakwa begitu mudah untuk masuk ke Malaysia secara haram dengan memberikan rasuah sekitar RM50 hingga RM100 kepada pihak berkuasa yang bertugas.

"Kalau di laut ada Polis yang tinggal sumbat (suap) saja dengan uang, tidak ada masaalah. Jadi boleh jalan, paling tinggi RM50 hingga RM100," dakwanya.

Rancangan tersebut turut menunjukkan bagaimana wartawan yang menyamar sebagai TKI di dalam sebuah bot kecil bersama para penumpang lain perlu menundukkan kepala jika terserempak dengan pihak berkuasa Malaysia.

Suara latar dalam rancangan tersebut turut yakin bahawa telah ada wang 'suap' (rasuah) disediakan untuk pihak berkuasa yang bertugas — ini barangkali menjelaskan mengapa salah sebuah bot peronda yang tertera tulisan 'Polis' dalam rancangan itu langsung tidak bertindak ketika terserempak dengan mereka.

"Kalau enggak punya passport nantinya ditangkap bisa masuk lagi. Gampanglah masuknya ke sana," itu kata-kata salah seorang buruh yang turut ditemubual menggambarkan betapa mudahnya untuk menceroboh masuk ke Malaysia secara haram dalam rancangan itu.



Saturday, 13 August 2016

qlinebiz: The CB Passive Income - Recurring Commissions!

qlinebiz: The CB Passive Income - Recurring Commissions!: This “simple to follow” model has been very profitable for me but the truth is, it’s unlikely that a newbie can pull this off successfully....

Thursday, 11 August 2016

Anak Berumur 2 tahun Mencampak Barang, Menendang Dan Menjerit? Perkara Yang Harus Anda Tahu


Ada sesuatu mengenai anak berusia 2 tahun ni. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Mereka belum betul-betul faham dunia orang dewasa.


Mereka nampak berakhlak buruk, campak barang, makan merata-rata, tendang dan jerit jika mereka tidak dapat apa yang mereka kehendaki.


Oleh itu bila orang dewasa tidak faham, mereka menuduh anak-anak kecil yang belum faham dunia ini dengan perlbagai tuduhan kepada ibu bapa mereka. Malah ada juga ibu bapa yang kerana tidak ada ilmu mengenai perkembangan anak-anak marah berlebihan akan anak-anak ini.


Lantaran itu anak-anak ini semakin keliru dan semakin masuk ke dalam 'dunia' dia. Jadilah anak ini membesar dengan keadaan begitu walaupun sudah berusia 4-5 tahun masih di dalam dunia yang sepatutnya hanya untuk anak yang berusia 1.5 tahun - 3 tahun.


Fahamilah jika anak pada usia ini nampak macam berakhlak buruk... ingat itu bukan akhlak dia, itu adalah dia sedang mempelajari dunia dan bagaimana untuk berakhlak mulia.


Maka tunjukkan kepadanya dengan sabar. Jika dia menjerit, ambil tangan dan letak pada bibirnya memberi tanda tidak perlu menjerit. Jika ada masa bawa dia keluar untuk dia boleh bermain dan menjerit.


Jika dia makan bersepah, maka letakkan tempat yang membolehkan dia makan di kawasan itu sahaja. Letak di kerusi baby atau sepertinya.


Jika dia menendang, ambil lembut kakinya dan beritahu bahawa tidak perlu menendang jika mahukan sesuatu.


Ajar dia untuk mengatakan ya atau tidak. Dan belajarlah bertanya seperti meminta izin sebelum dia melakukan sesuatu kepadanya.


Contoh, jika mahu memandikan dia. Katakan, 'sayang mama nak mandikan sayang, ya' dan biar dia boleh memilih. Jika dia kata ya, maka bawalah dia mandi dengan gembira. Jika dia mengatakan 'no' maka teruskan pujuk dan buat sesuatu yang menarik dibilik mandi.


Bila anak-anak kecil ini sudah belajar mengatakan yes atau no, sebagai tanda mereka boleh memilih serta ibu bapa menghormati perasaannya, maka situasi anak-anak itu menjerit, menendang, makan bersepah dan sebagainya akan cepat berhenti dan anda akan melihat anak-anak 4-6 tahun yang mudah dibimbing.


Monday, 25 July 2016

*DOA KEMENANGAN DALAM MENGHADAPI MASALAH RUMAH TANGGA*

*DOA KEMENANGAN DALAM MENGHADAPI MASALAH RUMAH TANGGA*

Iblis sedang berjuang keras untuk menghancurkan keluarga-keluarga Kristian di akhir zaman ini dengan pelbagai bentuk masalah dalam kehidupan rumah tangga untuk menggagalkan rencana Allah yang mulia bagi keluarga.

MASALAH RUMAH TANGGA TERBESAR bagi WANITA ADALAH:

I. Krisis Dalam Mendidik Anak.
contoh:
- Pemberontakan anak,
- Sex bebas,
- Dadah,
- Ubat-ubatan, dll.

II. Krisis Dalam Perkhawinan.
contoh:
- Komunikasi yang tidak baik,
- Kecurangan,
- Sex yang dingin.

III. Krisis Dalam Ekonomi.
contoh:
- Usaha tersekat,
- Usaha gagal
- Kemiskinan

I. KRISIS DALAM MENDIDIK ANAK

*Nehemia 4:14: .....! Ingatlah kepada Tuhan yang Maha Besar dan dahsyat dan berperanglah untuk saudara-saudaramu, untuk anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, untuk isterimu dan rumahmu.*
Punca anak-anak zaman sekarang menjadi *mangsa* iblis ialah:
1. Kurangnya perhatian dan kasih sayang dari orang tua kepada anak kerana terlalu sibuk.
2. Orang tua sering  bertengkar / kurang tenteram.
3. Anak tidak diajar dan dididik untuk sungguh-sungguh mengenal Tuhan dan takut akan Tuhan.

PENGARUH IBLIS DAPAT MASUK KEPADA ANAK-ANAK MELALUI:

- TV, video, filem pawagam.
- Mainan, video games, DVD, internet.
- Muzik dunia, buku-buku bacaan duniawi (cerita saitan, buku pornografi, dll.).
- Pergaulan yang buruk (sex bebas, khayal, ubat-ubatan, minuman keras, dadah).
- Pengajaran yang salah dalam mencari jati diri.
- Baju atau pakaian-pakaian.
- Rambut.
- Kutuk keturunan.
- kepercayaan ilmu gaib

Sedar atau tidak, mau tidak mau .. orang tua zaman sekarang harus masuk dalam peperangan untuk anak-anaknya.
Semua keadaan-keadaan di atas kelihatan terlalu menakutkan untuk menjadi kenyataan. Tetapi sesungguhnya itu nyata dan terjadi pada anak-anak keluarga kristian. Zaman sekarang banyak anak-anak sedang dalam keadaan bahaya.
Kita sebagai orang tua perlu waspada pada *senjata* saitan yang dipakai untuk menyerang anak-anak kita. Dan kita perlu menghalangnya melalui *doa* dan *peperangan.* Dan untuk berperang dengan baik, *HARUS BERJALAN DENGAN KUASA ALLAH ... !!!*

II. KRISIS DALAM PERKHAWINAN.

*1 Petrus 3: 1-2, berkata:*
*1 Demikian juga kamu, hai* *isteri-isteri, tunduklah kepada suamimu, supaya jika ada di antara mereka yang tidak taat kepada* *Firman, mereka juga tanpa perkataan dimenangkan oleh kelakuan isterinya,*
*2 jika mereka melihat, bagaimana murni dan salehnya hidup isteri mereka itu.*
Kenyataan dalam kehidupan sehari-hari tentang pengkhianatan dalam perkhawinan Kristian sungguh-sungguh sangat mengejutkan pada akhir-akhir ini.

Suatu fakta bahawa hidup nikah dalam perkhawinan rumah tangga kristian banyak yang hancur tidak dapat dinafikan lagi.
*Apakah Penyebabnya .. ??*
*Apakah Yang perlu dilakukan oleh seorang isteri .. ??*
Pada masa ini iblis menggunakan perhatian wanita lain kepada suami-suami sebagai perangkap untuk menghancurkan rumah tangga Kristian. Kerana *kesombongan* dan *kedagingan* dari suami-suami, dia tidak menyedari bahawa sesungguhnya dia di buta oleh iblis akan bahaya yang dilibatkannya.
Sesungguhnya isteri-isteri lebih mengenali adanya bahaya tersebut, tetapi merasa *terluka* dan *tertolak* kerana suami-suami tidak mau menerima *teguran* atau *nasihat*. Sehingga isteri mengarahkan kemarahan beliau pada suami yang sepatutnya kepada syaitan, musuh yang sebenarnya. Dengan demikian jurang pemisah semakin lebar antara suami dan isteri.

Seorang isteri dihadapkan dengan bukti bahawa suaminya berlaku curang sehingga tidak boleh *menguasai emosinya* sehingga dengan demikian banyak isteri-isteri yang salah dalam mengambil langkah.
*SEBAB *pengkhianatan / komunikasi yang kaku /* *sex yang dingin dalam perkahwinan:*
1. Pentingkan diri, kesombongan / keangkuhan masing-masing peribadi suami isteri.
2. Mempertahankan sesuatu yang tidak berharga di hadapan Tuhan iaitu harga diri.
3. Tidak adanya pertobatan dari masing-masing pribadi.
4. Isteri yang terlalu dominan, membazir, curiga dan tidak menghargai suami.
5. Isteri yang kurang melayani / memberi perhatian kepada suami.

AKIBATNYA:
1. Suami merasa tawar hati kepada isteri ATAU sebaliknya ••> perkataannya menjadi kasar dan menyakiti.

2. Suami / isteri mencari pelarian.
Suami 👉🏽 Curang
Isteri 👉🏽 Curang
Di mana masing-masing mencari kepuasaan masing-masing.

3. Komunikasi jadi kaku, tidak ada kasih mesra dan hubungan jadi tawar

III. KRISIS DALAM EKONOMI

*Maleakhi 3:10, berkata:*
*Bawalah seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah* *perbendaharaan, supaya ada persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah Aku tidak membukakan bagimu* *tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai berkelimpahan.*
*🔑Kunci Berkat bagi keluarga Allah adalah:*
Mengembalikan apa yang menjadi milikNya Allah iaitu persepuluhan dari hasil yang kita terima. Tuhan berjanji mencurahkan berkatNya kepada kita sampai berkelimpahan.

APA SEBABNYA ANAK-ANAK TUHAN TIDAK DIBERKATI.. ???
WALAUPUN HIDUP berkekurangan .. ???
SEBAB TIDAK DIBERKATI / KEMISKINAN YAITU:

*1. Dosa (Yesaya 59: 1-2).*
*2. Mencuri miliknya Tuhan (Maleakhi 3: 9-10).*
*3. Kutuk keturunan (Keluaran 20: 4-5).*
*4. Supaya nama Tuhan dimuliakan (I Petrus 3:17, I Petrus 4: 11b).*

IV. DOA PEPERANGAN / DOA KEMENANGAN

Untuk mengahadapi masalah-masalah dalam rumah tangga tersebut di atas, cara yang perlu kita lakukan ialah:
*KITA HARUS MASUK DALAM DOA* Peperangan yang disebut juga *DOA KEMENANGAN.*
*Matius 12:29:*
*Atau bagaimanakah orang dapat memasuki rumah seorang yang kuat dan* *merampas harta bendanya apabila tidak diikatnya dahulu orang kuat itu?* *Sesudah diikatnya barulah dapat ia merampok rumah itu.*

LANGKAH-LANGKAH DALAM DOA YANG PERLU KITA LAKUKAN ADALAH:

1). Ikat orang kuatnya atau roh teritorialnya iaitu:

a. Yang menguasai ANAK:
- Roh pemberontakan
- Roh dadah
- Roh Semangat kelucahan, dll.

b. Yang menguasai hidup PERKHAWINAN:
- Roh perzinahan
- Roh yang menghalang komunikasi
- Roh penipuan
- Roh kesombongan, dll.

c. Yang menguasai EKONOMI:
- Roh kegagalan
- Roh kesulitan dalam usaha
- Roh kemiskinan, dll.

2). Putuskan hubungan dengan roh-roh yang menguasai masalah tersebut.
3). Hancurkan benteng-benteng iblis dalam hidup keluarga kita.
4). Rebut kembali apa yang telah dicuri oleh iblis.
5). Nyatakan bahawa semua ikatan roh-roh tersebut sudah putus.
6). Minta Roh Kudus mencelikkan mata hati mereka atau membuka kebenaran pada mereka untuk menyatakan jerat musuh dan membawa mereka pada pertobatan.

NOTE:
📍 Kunci untuk mengikat *orang kuat* adalah melalui persekutuan yang intim dengan Tuhan melalui doa dengan kuasa, bukan hanya sekadar kata-kata tanpa kuasa yang sebenar di sebalik kata-kata tersebut. Jadi harus berdoa di bawah  kuasa Roh Kudus.
📍 Dasar doa yang penuh kuasa adalah: Hubungan kita dengan Tuhan Yesus.
📍Bahasa Roh bukan untuk berperang kerana iblis tidak mengerti, tetapi berbicara kepada Allah dengan mengerang di dalam Roh. Maka Roh Kudus memohon untuk kita kepada Allah dengan keluhan-keluhan yang tidak terucapkan, dan Allah menggerakkan tenteranya bagi kita untuk berperang.

SYARAT-SYARAT MENCAPAI KEMENANGAN:

1. Mengamati diri penyebab terjadinya masalah-masalah tersebut.
2. Melepaskan pengampunan-pengampunan: menggantikan kebencian, dendam, kemarahan, sakit hati dengan KASIH.
3. Minta pengampunan kepada Tuhan.

*SETIAP HARI ADALAH PEPERANGAN ROHANI*
Demikianlah "Doa Kemenangan Dalam Menghadapi Masalah Rumah Tangga" yang boleh dikongsikan kepada sahabat2 pada kesempatan ini. semoga bermanfaat.

Friday, 1 April 2016

Qlinebizblog: Engkaulah Kekuatanku

Qlinebizblog: Engkaulah Kekuatanku: Lirik Engkaulah Kekuatanku Engkaulah kekuatanku Tempat perlindunganku Saat badai menerpa  Aku tak akan goyah Aku tak akan goyah  S...